Semoga Allah swt selalul memberikan  rahmat dan berkah serta kesehatan buat Ibu2 Kita semua. AMIN!! !!!!
1.  Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang  lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,  jawab baginda,
“Ibu lebih  penyayang daripada Ayah dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Apabila  seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,
maka beristighfarlah para  malaikat untuknya.
Allah  mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan  darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak  bersalin,
maka Allah  mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila  seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya  melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui,
maka bagi ibu itu setiap satu  tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak  tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala  seperti
memerdekakan 70  hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang  menggembirakan anak perempuannya,
derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis  karena takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,
akan diharamkan api neraka ke  atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari  pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya,
maka pahalanya seperti  bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
Maka barangsiapa yang  menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap  perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,
maka Allah memasukkan dia ke  dalam syurga lebih  dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila  sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,  masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita  yang  solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah  berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?  Jawab rasulullah,
“Suaminya.  “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.
13. Apabila  memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan  ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan  di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan
bulan semua beristighfar  baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga  sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan  tertutup pintu-pintu neraka dan  terbuka pintu-pintu syurga.
Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki  dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu..
17. Wanita  yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w)  di dalam  syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta  bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
19 Hadits Nabi tentang wanita
Langganan:
Posting Komentar (Atom)






0 komentar:
Posting Komentar